Subang Jaya diisytihar bandar raya

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Subang Jaya secara rasmi diisytihar sebagai bandar raya setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

-Advertisement-

Menteri Besar Amirudin Shari berkata Majlis Perbandaran Subang Jaya diisytihar menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya berkuatkuasa hari ini.

-Advertisement-

Beliau turut mengumumkan presiden MPSJ Noraini Roslan telah dilantik sebagai datuk bandar Subang Jaya berkuatkuasa serta-merta.

“Semoga dengan pemasyhuran Majlis Bandaraya Subang Jaya ini, pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan terus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia.

“Dengan izin Allah SWT, cita-cita ini akan dapat digembleng bersama ke arah merealisasi agenda Selangor Maju Bersama,” kata Amirudin dalam satu kenyataan. -FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share