DNeX anjur webinar teknologi digital untuk pembangunan bandar pintar, pelancongan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Dagang NeXchange Bhd (DNeX), melalui anak syarikatnya, Genaxis Group Sdn Bhd dan IAC Consulting Sdn Bhd akan menganjurkan satu siri webinar mengenai teknologi digital untuk pembangunan bandar pintar serta pelancongan di Malaysia.

-Advertisement-

Dalam satu kenyataan, ia memaklumkan webinar tersebut yang dijadualkan pada 26 dan 28 Okt ini adalah untuk pengurus bandar, perancang bandar, inovator serta profesional teknologi maklumat (IT), pengurusan bandar serta industri pelancongan.

“Webinar ini adalah sebahagian daripada usaha menggalakkan penggunaan teknologi digital dan inovasi bagi meningkatkan kualiti hidup, mempromosikan perkembangan ekonomi, dan juga membangunkan persekitaran yang lestari dan selamat untuk orang ramai,” demikian menurut DNeX.

-Advertisement-

Topik yang akan dibentangkan Genaxis pada 26 Okt adalah berkenaan inisiatif pelancongan pintar bertajuk ‘Smart Tourism on the Cloud’, yang menyasarkan penggiat industri pelancongan serta pakar-pakar IT dan digital.

Sementara itu, sesi webinar pada 28 Okt akan memfokuskan pemahaman terhadap isu dan cabaran pelaksanaan bandar pintar dan visi bandar masa depan, iaitu ‘Bandar Pintar: Membangun Bandar untuk Hari Ini dan Esok’.

“Dalam kedua-dua webinar, pengurus bandar, perancang bandar serta wakil daripada kementerian, pihak berkuasa tempatan dan industri IT diundang mendengar ceramah daripada penceramah organisasi seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar dan Hewlett Packard Enterprise yang akan berbicara mengenai pengalaman mereka dalam melaksanakan inisiatif bandar pintar,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ikuti Facebook Innovation Associates Consulting Sdn Bhd dan IA Consulting di LinkedIn.-BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share