Kardinal Katolik pertama Malaysia meninggal dunia pada usia 88 tahun

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kardinal Roman Katolik pertama Malaysia Anthony Soter Fernandez, meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat kanser lidah.

-Advertisement-

Beliau dilaporkan meninggal dunia pada 12.35 tengah hari ini di rumah warga emas, Little Sisters of the Poor di Cheras, tempat di mana beliau menjalani rawatan paliatif.

Fernandez didiagnos kanser lidah pada November tahun lalu dan menjalani rawatan imunoterapi dan radioterapi.

Urusan pengebumian dan ziarah akan diumumkan kemudian dan dijangka dibuat secara tertutup.

Ia susulan sekatan pergerakan hanya membenarkan 20 orang menghadiri upacara itu.

Kebiasaannya, gereja akan membuat penghormatan terakhir buat Fernandez.

Sesiapa yang mengenalinya menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin gereja Katolik yang luar biasa dan adil, berani, ikhlas serta berhati mulia.

-Advertisement-

Mereka berkata, Fernandez juga seorang yang peramah dan disayangi, tidak lekang dengan senyuman.

Fernandez pernah memegang jawatan penting dalam dialog antara agama sebagai ketua Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao dari 2001 hinga 2003.

Beliau sering menyatakan perlunya memiliki persetujuan ramai dalam setiap keputusan dan menjadi teras dalam menjaga kesatuan majlis itu.

Dilahirkan di Sungai Petani, Kedah, beliau memulakan kerjaya selama 50 tahun itu apabila dilantik sebagai paderi di Pulau Pinang pada 1966. Dua belas tahun kemudian, beliau menjadi uskup negeri itu.

Fernandez bersara sebagai uskup agung di sini pada 2013 selepas 20 tahun berkhidmat dan dilantik menjadi kardinal oleh Sri Paus Francis, 3 tahun kemudian.

Kematiannya meninggalkan College of Cardinals dengan 218 ahli, 122 daripadanya berusia bawah 80 tahun dan layak untuk mengundi dalam mesyuarat.

Ucapan takziah boleh disiarkan di http://cardinal.archkl.org. -FMT

Share this Article
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares