Polis Sabah rampas 794 senjata api tiruan, berkas 8 individu

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU, 28 Okt — Polis Sabah merampas 794 senjata api tiruan menyerupai pistol, raifal dan mesingan yang dipercayai untuk dijual kepada orang awam dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.

-Advertisement-

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata serbuan dilakukan pada 3 petang di dua premis iaitu di Lorong Industri Inanam Juta dan di Bangunan ITCC, Penampang susulan maklumat awam mengenai premis menjual senjata api tiruan tanpa permit.

“Turut ditahan lapan individu termasuk tiga wanita berusia 22 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

-Advertisement-

Beliau berkata senjata api tiruan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM16,000 termasuk cukai terbabit dipercayai dibawa masuk dari China sebagai alat mainan kanak-kanak.

“Risikan mendapati, senjata tiruan berkenaan juga dijual dalam talian pada harga antara belasan ringgit hingga RM150 seunit,” katanya.

Jauteh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share