Semua kakitangan Malindo terjejas akan terima faedah kehilangan pekerjaan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia akan memastikan semua kakitangan syarikat penerbangan Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo Airways) menerima faedah kehilangan pekerjaan melalui Sistem Insurans Pekerjaan, susulan laporan syarikat berkenaan akan beroperasi pada skala lebih kecil dan terpaksa mengurangkan hingga 2,200 pekerja.

-Advertisement-

-Advertisement-

Menteri M Saravanan berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut akan membantu kakitangan yang terjejas mencari pekerjaan melalui portal MYFutureJobs.

“Kakitangan Malindo Airways juga layak untuk mengikuti program latihan yang disediakan oleh Perkeso atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad, di mana yuran latihan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -FMT

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •