Hanya 80 ahli Parlimen dibenar masuk ke Dewan Rakyat bermula esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun hanya membenarkan 80 ahli Parlimen memasuki dewan pada satu-satu masa bermula esok dengan waktu persidangan dipendekkan dari 10 pagi hingga 2 petang minggu depan.

-Advertisement-

Timbalan Speaker Rashid Hasnon yang membacakan peraturan baru itu berkata, 41 daripada 80 kerusi akan diwakili oleh ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan 39 kerusi oleh pembangkang dan bebas.

-Advertisement-

Beliau berkata, langkah itu bertujuan untuk menyekat penyebaran Covid-19 di Parlimen.

Bagaimanapun peraturan baru itu ditentang oleh ahli Parlimen pembangkang kerana berpendapat Dewan Rakyat harus mempunyai rancangan yang lebih baik untuk mengekang Covid-19.

Keputusan baru itu juga akan menyaksikan waktu bersidang Dewan Rakyat dipendekkan dari 89 jam 30 minit kepada 66 jam dan memendekkan perbahasan Belanjawan 2021. -FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share