PKPB beri kesan serius ke atas zon perdagangan bebas Pulau Pinang, kata pengilang

Estimate Reading Time: 2 minutes

GEORGE TOWN: Pemimpin industri di Pulau Pinang menyuarakan kekecewaan berhubung pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di kawasan Bayan Baru, termasuk di zon perindustrian bebasnya (FIZ) bermula esok.

-Advertisement-

Pengerusi Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia cawangan Pulau Pinang Ooi Eng Hock berkata, PKPB tidak dapat dielakkan, tetapi ia .menyedihkan kerana kira-kira 700 syarikat yang beroperasi di FIZ baru bangkit semula daripada perintah sekatan pertama pada Mac.

Katanya, terdapat lebih 200,000 pekerja di FIZ.

FIZ penting kepada ekonomi negeri itu dan negara amnya kerana ia menempatkan lebih 500 kilang, termasuk firma elektronik antarabangsa utama.

Pulau Pinang memperoleh pelaburan diluluskan sebanyak RM7.1 bilion dalam sektor pembuatan pada suku pertama tahun ini, dan merupakan angka ke-2 tertinggi di Malaysia.

Bercakap kepada FMT, Ooi berkata, PKPB hampir pasti akan menterbalikkan proses pemulihan syarikat di FIZ, sekali gus memberi kesan ke atas produktiviti dan membawa kepada kerugian dalam jangka panjang.

“Kesannya serius. Banyak kerja pembuatan mungkin terpaksa dihentikan akibat PKPB. Ia menyedihkan, tetapi kami kita mempunyai pilihan selain terus bertahan.

“Kami menggesa semua syarikat di FIZ mematuhi PKPB bagi mengurangkan kes jangkitan Covid-19 dan supaya ia tidak dilanjutkan lebih daripada 2 minggu,” katanya.

Dalam pada itu katanya, polis dan pihak yang menguatkuasakan PKPB perlu jelas dalam memberi kebenaran kepada mereka yang bekerja di FIZ, terutama pengeluaran surat kebenaran rentas daerah kerana kebanyakan pekerja tinggal berjauhan.

Beliau berkata, laluan keutamaan bagi pekerja dan barangan dari zon industri hendaklah ditimbangkan, terutama pada masa puncak.

-Advertisement-

“Kami juga berharap Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, yang turut dikenakan PKPB, dibenar beroperasi seperti biasa supaya pergerakan bebas barangan tidak terganggu,” katanya.

Presiden Persatuan Syarikat Zon Perindustrian Bebas Pulau Pinang Ruben Nyul berkata, ia menyokong penuh pelaksanaan PKPB, tetapi berharap pihak berkuasa membenarkan orang ramai bekerja seperti biasa.

Katanya, 47 syarikat anggota persatuan itu mengambil langkah proaktif bagi menyekat penularan wabak Covid-19 dengan membenarkan sebanyak mungkin pekerja bekerja dari rumah, selain menjalankan kerja sanitasi di tempat kerja secara kerap.

“Langkah penjejakan kontak secara dalaman juga dilaksanakan dan setakat ini kami membenarkan pekerja yang memerlukan kuarantin di rumah menjalaninya.

“Kami juga proaktif, malah mengambil langkah mengatasi SOP pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada FMT.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bayan Baru Dr Manjit Singh berkata, walaupun PKPB tidak dapat dielakkan, penguat kuasa harus memantau tempat makan dan pasar bagi memastikan peraturan penjarakan fizikal dipatuhi.

“Pada peringakt awal pelaksanaan PKPB, pasar Bayan Baru menyaksikan kawalan orang ramai yang ketat. Tetapi sekarang ia longgar dan sendat dengan orang. Sesuatu perlu dilakukan,” katanya.

Semalam kerajaan mengumumkan 12 mukim di daerah barat daya pulau itu diletakkan di bawah PKPB bermula 19 Nov ini.

Mukim atau sub daerah terlibat merangkumi Pantai Jerejak di utara, SungaiNibong, Bayan Baru, Queensbay, Sungai Ara, FIZ fasa 111 dan 1V, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Batu Maung dan sebahagian daripada Permatang Damar Laut dan Bayan Lepas.

Menurut surat edaran Jabatan Kesihatan negeri petang semalam, terdapat 176 kes aktif Covid-19 di selutuh negeri itu, dengan jumlah kes sebanyak 1,096 setakat ini. -FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share