Polis tahan 10 lagi individu kes tembak dekat sekolah

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Polis menahan 10 lagi individu dalam siasatan kes tembak seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadinya berdekatan sebuah sekolah di Banting, Selangor pada 25 Sept, kejadian yang turut menyaksikan 3 pelajar cedera.

-Advertisement-

Ia menjadikan jumlah yang ditahan sehingga kini 29 orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmad, berkata siasatan susulan dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan yang disyaki terbabit dengan kegiatan gangsterisme dan jenayah terancang.

-Advertisement-

Katanya, kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 27 Okt untuk menilai dan mengkaji pertuduhan terhadap suspek.

“Adalah diharapkan kejayaan menuduh suspek ini nanti akan dapat mengekang dan seterusnya menghapuskan aktiviti berunsurkan gengsterism dan jenayah terancang sekitar Banting, Kuala Langat dan seterusnya Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 25 September lalu, 3 pelajar cedera selepas dirempuh sebuah kereta dinaiki 2 lelaki yang cedera akibat terkena tembakan di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari, 2 lelaki itu dipercayai ditembak oleh 2 individu menaiki sebuah motosikal. -FMT

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares