SMK Jati di Ipoh diarah tutup ekoran kes jangkitan COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH, 5 Nov — Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini diarah tutup selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 11 Nov berikutan kes jangkitan COVID-19.

-Advertisement-

Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata sekolah itu akan dibuka semula pada 12 Nov.

-Advertisement-

Katanya, penutupan sekolah itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak.

“Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah diarahkan untuk memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, dengan manual boleh dimuat turun menerusi portal rasmi www.moe.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arahan terbaharu itu menjadikan dua sekolah di Perak pada masa ini ditutup susulan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar serta kakitangan sekolah selepas Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah di Padang Rengas, kira-kira 40 kilometer dari sini turut ditutup bagi tempoh sama. -BERNAMA

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares