Kerajaan benarkan keluar akaun satu KWSP sehingga RM,6,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

SHAH ALAM – Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

-Advertisement-

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pengeluaran itu adalah bagi membantu ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

-Advertisement-

Menurutnya, mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran akaun satu itu, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran akaun satu akan melibatkan RM4 bilion.

“Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. -Sinar Harian

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares