Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pagi ini berikutan terdapatnya permintaan diperbaharui untuk mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

-Advertisement-

Pada pukul 9.05 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1380/1430 berbanding dolar AS daripada 4.1480/1530 ketika ditutup petang semalam.

Ketua strategi pasaran global Axi Stephen Innes berkata, ringgit diniagakan lebih baik berikutan kelemahan nilai dolar, tetapi masih lagi ketinggalan berbanding mata wang serantau yang lain, terutamanya menjelang pembentangan Belanjawan 2021 petang ini.

Negara amat memerlukan peruntukan kecemasan bagi merancakkan ekonomi dan memerangi kesan negatif lonjakan kes terbaru penularan Covid-19.

-Advertisement-

“Namun, saya masih mengharapkan ringgit terus diniagakan dengan baik dengan syarat sentimen risiko dapat terus bertahan,” kata beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0607/0662 daripada penutup semalam pada 3.0626/0672 dan mengukuh berbanding euro pada 4.8833/8912 daripada 4.8926/8989.

Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.4286/4386 daripada dan lebih rendah berbanding yen pada 3.9911/9963 daripada 3.9789/9841 semalam. -FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share