Selangor tidak dimaklumkan mengenai pembuangan sisa ke loji IWK, kata exco

Estimate Reading Time: 2 minutes

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini berkata mereka tidak dimaklumkan mengenai pembuangan sisa kimia yang mengalir ke loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Rawang.

-Advertisement-

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian, Hee Loy Sian (PH-Kajang) memberitahu Dewan Negeri Selangor bahawa loji rawatan kumbahan IWK sudah tidak beroperasi sejak 4 Nov.

“Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor tidak dimaklumkan perkara ini. Kalau kita tahu, kita akan bertindak dengan segera untuk mencari premis atau kilang yang melakukan semua ini,” katanya.

Beliau menjawab soalan R Rajiv (PH-Bukit Gasing) yang menyuarakan kekecewaan terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), menyatakan suruhanjaya tidak mengambil tindakan selama seminggu.

Namun, Hee berkata apa-apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh tersebut, terutama dengan disebabkan hujan yang menyebabkan limpahan bahan kimia.

“Bila berlaku hujan, ada limpahan keluar daripada loji IWK. Kita ada minta pelan air untuk tahu sistem perpaipan tetapi mereka tidak boleh menyediakan pelan itu untuk kami siasat,” katanya, dan berharap Putrajaya boleh membantu kerana SPAN dan IWK bawah kerajaan persekutuan.

-Advertisement-

Ronnie Liu (PH-Sungai Pelek) berkata nama kerajaan Selangor sudah “tercemar” kerana Lembah Klang sering terputus bekalan air, dan meminta kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap SPAN dan IWK.

“Kita tak kira siapa, IWK juga akan disaman kalau mereka buat salah”, kata Hee sambil menambah konsortium itu sebelum ini pernah didenda RM15,000 kerana mencemari loji rawatan Air Selangor.

Beliau juga berkata kerajaan negeri mengharapkan bantuan Putrajaya dalam menangani isu air dan memerlukan RM200 juta untuk projek mitigasi sungai.

“Saya harap Sijangkang (Ahmad Yunus Hairi) boleh lah beritahu bos kamu (Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man) untuk bantu kita bawa isu ini,” katanya.

Sebelum itu, Yunus (PAS-Sijangkang) bertanya sekiranya loji rawatan air dapat beroperasi dan merawat air dengan bacaan 1 TON (kadar ukuran bau) dan bukannya sifar, Hee berkata itu tidak dibenarkan oleh kementerian kesihatan.

Empat termasuk 2 pengarah syarikat pembinaan jalan raya direman 7 hari sehingga 17 Nov berhubung pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor sehingga menyebabkan gangguan bekalan air membabitkan lebih sejuta akaun pengguna di Lembah Klang sejak petang semalam.

Air Selangor berkata, bekalan air di 1,279 kawasan di Lembah Klang dijangka akan mula diterima pengguna secara berperingkat mulai 3 petang, hari ini. -FMT

Share this Article
  • 3
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3
    Shares