Tak perlu Akta Perhubungan Kaum, kata Putrajaya

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Kerajaan tidak bercadang menggubal Akta Perhubungan Kaum kerana undang-undang sedia ada sudah cukup untuk menjaga keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama.

-Advertisement-

Dalam jawapan di Parlimen, Timbalan Menteri Perpaduan Negara Ti Lian Ker berkata, undang-undang itu termasuk Akta Hasutan, Seksyen 298A, 504, 505, dan 506 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Mereka yang sengaja memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian boleh disiasat dan didakwa bawah akta tersebut,” katanya.

-Advertisement-

Ti menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) sama ada kerajaan merancang menggubal Akta Perhubungan Kaum untuk mengawal semua perkara melibatkan perhubungan kaum yang disifatkan beliau “semakin tenat dan meruncing” dalam negara.

Tahun lalu, pentadbiran Pakatan Harapan berkata kerajaan tidak berniat menggubal undang-undang khas untuk menangani isu agama dan kebencian terhadap kaum seperti diusul oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) pada 2004.

Kerajaan kemudian berkata, mereka sebaliknya memutuskan untuk mengetatkan undang-undang sedia ada dalam Kanun Keseksaan bagi menangani isu tersebut. -FMT

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •