MetMalaysia beri amaran ribut tropika

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran mengenai ribut tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 976 kilometer di timur laut Kudat, Sabah.

-Advertisement-

-Advertisement-

Dalam kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut ketika ini berada sekitar 231 km barat daya Luzon, Filipina pada pukul 8 pagi hari ini dan ia bergerak ke arah barat dengan kelajuan 28km sejam (km/j).

“Kelajuan maksimum angin boleh mencapai 102 km/j,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa keadaan ini boleh mengakibatkan kejadian angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan. -BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share