Beri ujian swab, suntikan vaksin typhoid percuma kepada penghantar makanan, barangan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU, 16 Nov — Syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan di Sabah disaran menyediakan kemudahan ujian swab COVID-19 dan suntikan vaksin typhoid secara percuma kepada kakitangan masing-masing.

-Advertisement-

Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata ini kerana pekerja dalam sektor berkenaan turut berdepan dengan risiko dijangkiti COVID-19.

“Kemudahan pemeriksaan itu boleh diklasifikasikan sebagai tanggungjawab sosial korporat pengendali perkhidmatan tersebut kepada petugas mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

-Advertisement-

Yakub berkata perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan telah menjadi salah satu pekerjaan yang popular dan mudah ditawarkan menerusi aplikasi telefon pintar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai itu juga menggesa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) agar memantau rekod pekerja, tahap kebersihan pekerja, peralatan dan kenderaan yang digunakan supaya bersesuaian dalam Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Beliau berkata usaha itu dibuat sebagai langkah untuk mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 di negeri ini. -BERNAMA

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •