Hanya 5,700 pekerja terjejas PKPD, bukan 13,100, kata Top Glove

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Top Glove Corp Bhd mempertikaikan jumlah pekerja yang terjejas dengan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan ke atas asrama pekerjanya hari ini.

-Advertisement-

“Top Glove mahu menjelaskan arahan PKPD selama 14 hari dari 17 hingga 30 Nov membabitkan sekitar 5,700 pekerja di Meru, Klang dan bukan 13,190 pekerja seperti dilaporkan.

“Ini mewakili sekitar 27% daripada keseluruhan 21,000 pekerja kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kilang di Meru akan terus beroperasi, tetapi kapasiti dikurangkan dan hanya melibatkan pekerja yang tidak dikenakan PKPD.

-Advertisement-

Menurutnya, sebahagian besar pekerjanya yang dijangkiti tidak bergejala.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan asrama lelaki syarikat itu di Jalan Abadi 1A/QU8 dan asrama wanita di Jalan Abadi 1A serta Jalan Abadi 10A/KU8 dikenakan PKPD mulai hari ini hingga 30 Nov ini.

Katanya, ia membabitkan 13,190 pekerja dan hampir 1,200 penduduk di kawasan berdekatan.

Kemudahan Top Glove di Meru, Klang dikaitkan kepada kluster Teratai, yang mencatatkan 14 kes baru semalam, menjadikan keseluruhan 228 kes positif dalam kluster itu. -FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share