Kadar jenayah tak naik walaupun pengangguran lebih tinggi, kata polis

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Polis meyakinkan orang ramai yang jenayah tidak meningkat, walaupun kadar pengangguran lebih tinggi.

-Advertisement-

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, polis tahu kebimbangan masyarakat berhubung kemungkinan berlaku peningkatan kes jenayah kerana pengangguran akibat pandemik Covid-19.

Katanya, masyarakat bertambah bimbang dengan sebuah klip video tular mengenai jenayah ragut di dalam negara, tetapi statistik menunjukkan keadaan sebaliknya.

Beliau berkata, sebanyak 56,117 kes jenayah dilaporkan antara 1 Jan hingga 15 Nov lalu berbanding 72,836 kes yang dilaporkan pada tempoh sama tahun lalu, iaitu penurunan sebanyak 16,710 kes atau 23%.

-Advertisement-

“Bagi jenayah ragut, sebanyak 1,160 kes dilaporkan antara 1 Jan hingga 15 Nov berbanding tempoh sama 2019 sebanyak 2,216 ke. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 1,056 kes (47.6%).”

Setakat 15 Nov lalu, 893 suspek ditahan membabitkan jenayah ragut berbanding 527 suspek dalam tempoh sama 2019.

Oleh itu, katanya, dakwaan kes jenayah meningkat kerana ramai yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik adalah tidak benar.

Huzir berkata, polis akan terus memastikan kadar jenayah berkurangan dengan mengambil tindakan lebih komprehensif.

“Kami menasihatkan orang awam tidak sewenang-wenangnya membuat, berkongsi atau menularkan sebarang berita atau gambaran salah dan tidak tepat berhubung trend atau kes jenayah yang tidak disokong fakta daripada pihak berkuasa,” katanya sambil menambah tindakan itu akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.-FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share