Lebih 200,000 pokok bakau ditanam atasi hakisan pantai di P. Dickson

Estimate Reading Time: < 1 minute

PORT DICKSON, 18 Nov — Bagi mengatasi masalah hakisan pantai pada masa depan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan berterusan mengambil langkah proaktif dengan menanam sejumlah 235,497 pokok bakau di pesisir pantai di sini.

-Advertisement-

Pengarah Perhutanan negeri, Saleh Awaludin berkata penanaman pokok bakau bermula sejak 2005 hingga kini, membabitkan keluasan 70 hektar di beberapa lokasi di pantai peranginan di sini.

“Ia merangkumi kawasan seperti Pantai Cahaya Negeri, Kampung Sengkawang, Pengkalan Kempas, Pasir Panjang, Tanjung Agas, Kampung Balak, Lukut (Jeti batu), Sungai Rambai, Kampung Chuah, Sungai Nipah dan Jimah.

-Advertisement-

“Ia merupakan langkah terbaik dalam usaha memelihara pesisir pantai serta sebagai pelindung semula jadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam dan hakisan tanah,” katanya kepada Bernama.

Bagi tahun ini, beliau berkata pokok paya bakau telah ditanam di tanah kerajaan di Kampung Gelam seluas satu hektar dan hutan simpan paya bakau di mukim Jimah seluas 0.5 hektar dengan jumlah tanaman 3,750 batang pokok.

“Kami akan terus giat menjalankan kerja-kerja penanaman pokok paya bakau ini bagi mengurangkan hakisan pantai dengan mewujudkan zon penampan bagi menahan kekuatan ombak dan angin kencang selain berfungsi membantu menjaga ekosistem hidupan marin,” katanya. -BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share