Shahidan cadang potong elaun ahli Parlimen 10% untuk Tabung Covid-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Shahidan Kassim (BN-Arau) mencadangkan semua ahli Parlimen memotong elaun 10% untuk dimasukkan ke Tabung Covid-19 bagi membantu rakyat terjejas akibat pandemik itu.

-Advertisement-

Shahidan berkata, beliau sendiri akan memotong elaunnya sebanyak 20% untuk tabung itu.

“Saya minta semua ahli Parlimen demi keikhlasan kita kepada rakyat, marilah kita bersetuju untuk kita potong elaun sebanyak 10% untuk membantu ke Tabung Covid-19.

“Pembangkang mungkin tidak setuju, tapi kalau setuju kita potong 10% dan saya minta elaun saya dipotong 20%,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

-Advertisement-

Mac lalu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melancarkan tabung khas untuk memberi bantuan kewangan kepada pihak memerlukan.

Muhyiddin berkata, untuk permulaan bantuan ihsan RM1 juta disalurkan untuk tabung itu bagi membantu pesakit yang tidak mempunyai pekerjaan dan terjejas kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin 14 hari sebelum pulih.

Sementara itu, Shahidan menerusi ucapannya turut meminta semua ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021.

“Kita menyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada kerajaan pimpinan Pagoh (Muhyiddin). Kita nak menyatakan kita bersetuju kepada belanjawan yang dibentangkan oleh menteri kewangan. Rakyat nak melihat kita sehati sejiwa.

“Kalau tak sokong jangan hadir Parlimen bila sampai masa (mengundi) nanti,” katanya berseloroh. -FMT

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares