UTP melonjak 12 kedudukan dalam ranking universiti terbaik Asia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Universiti Teknologi Petronas (UTP) mengekalkan kedudukannya sebagai universiti swasta nombor satu negara dalam senarai Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2021, dengan melonjak kepada kedudukan ke-70, berbanding 82 tahun lepas.

-Advertisement-

UTP dalam kenyataan hari ini memaklumkan dengan pencapaian tertinggi setakat ini, UTP kini berada dalam kumpulan 11 peratus teratas daripada 634 institusi dalam ranking itu.

-Advertisement-

Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata: “Saya gembira melihat bahawa kerjasama strategik dengan universiti di rantau ini serta graduan kami yang berkualiti tinggi diakui oleh pelbagai industri, telah menyumbang kepada kedudukan ranking kami”.

Sejak diperkenalkan pada 2016, ranking UTP meningkat dalam tempoh lima tahun berturut-turut apabila melonjak 57 anak tangga kepada kedudukan ke-101 pada 2018 berbanding kedudukan ke-127 tahun sebelumnya, dan berjaya berada dalam kelompok 100 teratas dengan berada pada ranking ke-99 pada 2019.

Prestasi UTP turut meningkat dalam empat daripada 11 metrik yang dimanfaatkan oleh QS iaitu akademik dan reputasi pentadbir, kakitangan dengan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan pertukaran pelajar.– BERNAMA

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares