Negeri Sembilan sediakan khairat kematian dalam Belanjawan 2021

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN, 27 Nov — Kerajaan Negeri Sembilan akan menyediakan pelan takaful khairat kematian kepada orang Islam dan hibah takaful kepada mereka yang bukan Islam untuk membantu golongan B40 dan orang kurang upaya dalam Belanjawan 2021.

-Advertisement-

“Sebagai permulaan, kerajaan akan melakukan caruman tahunan dengan nilai antara RM20 hingga RM40 seorang kepada seramai lebih kurang 11,500 orang Ketua Isi Rumah dari senarai e-Kasih. Sekiranya berlaku kematian, waris si mati akan menerima wang khairat di antara RM2,000 hingga RM5,000,” katanya pada pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020 (Belanjawan 2021) Negeri Sembilan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau juga berkata kerajaan negeri akan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi membangunkan tanah terbiar di seluruh negeri ini pada tahun hadapan.

-Advertisement-

Bantuan akan diberikan dalam bentuk penyediaan infrastruktur ladang seperti pemasangan pagar, sistem perpaipan, pam air dan input pertanian dengan nilai bantuan maksimum RM15,000 per hektar, ” katanya

Beliau berkata bagi memperkukuhkan lagi komitmen berkenaan, kerajaan negeri turut bersetuju untuk memberikan pelepasan cukai tanah kepada pemilik yang mengusahakan tanah terbiar, yang dianggarkan berjumlah RM0.1 juta.

Persidangan DUN Negeri Sembilan berlangsung selama lima hari bermula hari ini sehingga 3 Dis depan. Persidangan ditangguhkan dan bersambung semula Isnin. — BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share