LPL sumbang lebih RM100,000 Bantuan Covid-19 kepada Warga Labuan

Estimate Reading Time: < 1 minute

LABUAN, 30 November 2020 (The Capital Post) – Perbadanan Labuan hari ini merakamkan penghargaan mereka kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Labuan (LPL) Datuk P. Kamalanathan dan ahli – ahli LPL yang telah menyumbang bantuan COVID-19 bernilai RM101,045.00 menerusi Lembaga Pengarah Bintulu (LPB) untuk membantu warga Labuan yang terjejas akibat penularan wabak ini.

-Advertisement-

Timbalan Pengerusi LPL, YBhg Datuk Chin Hong Vui menyampaikan Bantuan kepada YBrs. Dr. Fary Akmal Binti Osman, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan (PL).

Bantuan yang berupa Bantuan Kit Makanan, Pelindung Muka, Cecair Pembasmi Kuman, bantal dan selimut itu diserahkan oleh Timbalan Pengerusi LPL, YBhg Datuk Chin Hong Vui kepada YBrs. Dr. Fary Akmal Binti Osman, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan (PL) pagi tadi.

-Advertisement-

Perbadanan Labuan berkata Sumbangan LPL ini bukan hanya kepada golongan terkesan sahaja, malahan LPL turut prihatin dengan keperluan pejuang barisan hadapan dan membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Wilayah Persekutuan Labuan untuk menyediakan kelengkapan Rumah Transit bagi keselesaan penempatan sementara semasa fasa perintah kawalan pergerakan bersyarat dan bagi warga Labuan yang memerlukan kemudahan tersebut.

Dr. Fary Akmal Binti Osman, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan berharap agar lebih ramai pihak syarikat dan individu akan tampil membantu Perbadanan Labuan untuk meringankan beban warga Labuan. – The Capital Post

Share this Article
  • 5
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares