GM Klang komited sediakan persekitaran selamat untuk komuniti

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 1 Dis — GM Klang mengambil langkah pantas melakukan aktiviti pembersihan dan disinfeksi di kawasan yang terlibat selepas pengesahan kes positif COVID-19, semalam.

-Advertisement-

Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang Norsuhaida Othman berkata aktiviti pembersihan dan disinfeksi telah pun dijalankan secara menyeluruh di kawasan yang terlibat.

-Advertisement-

“Memang sudah menjadi tanggungjawab dan keutamaan GM Klang untuk sentiasa melakukan yang terbaik bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk komuniti kami.

“Pusat Borong GM Klang akan beroperasi seperti biasa dari 10.00 pagi hingga 7.00 malam kecuali unit kedai terlibat yang akan kekal ditutup buat masa ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

GM Klang menerusi laman sosial memaklumkan akan terus memantau perkara ini dari semasa ke semasa dan meminta orang ramai bertenang serta sentiasa peka dan prihatin terhadap situasi semasa selain mengikuti saluran rasmi media sosial syarikat untuk informasi terkini. — BERNAMA

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share