Subsidi upah selamatkan 3.3 juta pekerjaan, kata menteri

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Menteri Sumber Manusia, M Saravanan berkata, program subsidi upah (PSU) menyelamatkan lebih 3.3 juta pekerja daripada kehilangan kerja mereka semasa pandemik Covid-19.

-Advertisement-

Dalam jawapan bertulis Parlimen, beliau berkata, program itu memanfaatkan 331,950 majikan dan lebih 2.7 juta pekerja setakat 6 Nov lalu, dengan RM12.21 bilion disalurkan kepada majikan di bawah skim berkenaan.

“Manakala program subsidi upah 2.0 bermula 1 Okt hingga 6 Nov, Perkeso menerima 61,382 permohonan daripada majikan melibatkan 611,276 pekerja. Bayaran sebanyak RM122.19 juta dimanfaatkan majikan.

-Advertisement-

“Program ini berjaya mengekalkan lebih 3.3 juta pekerja daripada kehilangan pekerjaan. Kerajaan yakin dengan lanjutan PSU 2.0 hingga akhir Disember akan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai lagi majikan dan pekerja yang terjejas.

“Secara keseluruhannya, pelaksanaan PSU memberi kesan signifikan dalam mengekang pekerja hilang pekerjaan dan syarikat daripada menutup perniagaan.”

Beliau menjawab soalan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) berapa banyak syarikat mendapat manfaat melalui PSU dan sejauh mana kesannya dalam menghalang pekerja hilang pekerjaan dan perniagaan ditutup. -FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share