KPDNHEP siasat status halal daging

Estimate Reading Time: < 1 minute

[LAPORAN KHAS] JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan perihal dagangan logo halal yang dipercayai digunakan sindiket penyeludupan masuk daging sejuk beku ke dalam negara.

-Advertisement-

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDNHEP.

-Advertisement-

“Sekiranya kes berkenaan ada kaitan dengan siasatan KPDNHEP iaitu berkaitan perihal dagangan halal, kita akan siasat.

“Kita juga tidak tolak kemungkinan untuk menjalankan operasi di beberapa kawasan seperti di Lembah Klang secara bersepadu berpandukan maklumat serta risikan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tegasnya, selain itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan terbabit diminta menyalurkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut. -SINAR HARIAN

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •