9 pawagam GSC dibuka semula 16 Dis ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Rangkaian pawagam terbesar di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC), mengumumkan pembukaan semula 9 cawangannya di seluruh Malaysia bermula jam 6 petang pada 16 Dis ini.

-Advertisement-

Dalam ciapan di Twitter, GSC berkata, cawangan itu adalah GSC Aman Central, Kedah; GSC Gurney Plaza dan Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang; GSC Dataran Pahlawan dan AEON Bandaraya, Melaka; GSC Alamanda, Putrajaya; GSC East Coast Mall dan Mentakab Star Mall, Pahang serta GSC CityOne Megamall, Kuching Sarawak.

-Advertisement-

Pembukaan semula itu susulan keputusan kerajaan menarik semula larangan rentas negeri dan daerah di seluruh negara berkuat kuasa hari ini.

Ini sekali gus bakal merancakkan kembali sektor ekonomi industri seni yang terkesan akibat perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

GSC bersama beberapa pemilik rangkaian pawagam di Malaysia menutup sementara panggung wayang mereka bermula 2 Nov lalu susulan gelombang ke-3 pandemik Covid-19. -FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share