Apa yang terjejas jika warna kasut, stokin tak sepadan, soal taikun

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Taikun peruncitan, Ameer Ali Mydin, mengkritik Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung peraturan baharu pemakaian warna kasut dan stoking sekolah, mengatakan kementerian salah letak keutamaannya.

-Advertisement-

Pengarah urusan Mydin itu berkata, kementerian sepatutnya tumpu pada perkara yang benar-benar penting, seperti penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar.

“Apa kesannya warna stokin pada pelajar? Kenapa mesti peduli warna sepadan asalkan pelajar memakai stokin,” katanya.

Semalam, kementerian mengumumkan pelajar dibenarkan untuk memakai kasut warna hitam atau putih tetapi warna stoking mesti sepadan, mulai sesi persekolahan 2021.

Ameer bagaimanapun mengingatkan peraturan baharu itu mahal bagi ibu bapa dan perniagaan.

“Yang sepatutnya difikirkan sama ada ibu bapa ada wang untuk beli stoking atau tidak.”

Beliau berkata pemborong dan peruncit sekarang terhimpit antara lambakan stoking putih, dan peraturan baharu itu akan memburukkan lagi keadaan.

-Advertisement-

“Dalam kes Mydin, kami ada bekalan stoking putih bernilai lebih RM1 juta, sebab itu kami menghabiskannya pada harga RM2 untuk tiga pasang.

“Stokin sama berwarna hitam harganya RM7.”

Beliau berkata, banyak ibu bapa membeli kasut hitam untuk anak-anak dan sekarang perlu beli stokin sepadan pula.

Pada 2018, bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mencetuskan kontroversi apabila beliau mengatakan KPM akan membenarkan pelajar memakai kasut hitam dan stoking ke sekolah mulai 2019.

Dasar itu akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 2021.

Ketika mengumumkan langkah itu, Maszlee berkata banyak ibu bapa mengadu kasut sekolah putih mudah kotor.

KPM berkata kenyataan semalam membatalkan pekeliling 2018. -FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share