NGO agih RM12 juta bantuan Covid-19 ketika PKP

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Malaysian Relief Agency (MRA) mengagihkan bantuan hampir RM12 juta ke seluruh negara sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) mula dilaksanakan Mac lalu.

-Advertisement-

Setiausaha Agungnya, Dr Shahrizal Azwan Samsudin berkata, ubat yang berjumlah kira-kira RM7 juta dan makanan antara RM4 juta hingga RM5 juta diagihkan NGO itu setakat bulan lalu.

“Kami diamanahkan untuk menghantar bantuan, jadi kami perlu melakukannya sebaik mungkin.

“Kami merapatkan jurang untuk memastikan tiada komuniti – pendatang asing tanpa izin, pelarian dan yang lain – diabaikan,” katanya dalam webinar bertajuk “Melindungi Kebajikan Masyarakat ketika PKP” anjuran Hope Exhibition, usaha sama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Universiti Pertahanan Nasional – Humanitarian Assistance and Disaster Relief (UPNM-HADR), Yayasan Tzu Chi dan MyCare.

-Advertisement-

Beliau mendapati antara isu dihadapi golongan rentan ketika pandemik Covid-19 adalah hilang pekerjaan, kekurangan peluang untuk anak belajar dan liputan penjagaan kesihatan yang lemah.

Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Che Samsuzuki Che Noh berkata, jabatan itu mengagihkan hampir 800,000 bakul makanan kepada ketua isi rumah ketika pandemik.

Pakej bantuan bernilai RM52.89 juta itu memanfaatkan 3.1 juta orang.

“Masih ada 54,000 bakul yang kami akan agihkan kepada masyarakat di semua negeri.

“Sabah paling teruk terjejas dengan pandemik dan kebanyakan usaha kami tertumpu di negeri berkenaan.” -FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share