Undi tolak belanjawan, bukannya berkecuali, Kadir beritahu Ku Li

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Wartawan veteran, A Kadir Jasin menggesa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hadir mengundi bagi menolak Belanjawan 2021 pada bacaan ketiga yang dijangka berlangsung hari ini, bukannya bertindak berkecuali atau tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat.

-Advertisement-

Katanya, beliau menghormati prinsip Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li.

“Tapi kalau Ku Li tak hadir Parlimen, Muhyiddin selamat satu undi menentang.

“Elok Ku Li hadir dan undi tolak belanjawan kerajaan yang tak sah itu.

-Advertisement-

“Prinsip tanpa tindakan tidak akan meninggalkan apa-apa kesan,” tulisnya di Facebook.

Semalam, Ku Li dan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media bersama dan memberi bayangan kerajaan Perikatan Nasional boleh tumbang pada undian akhir Belanjawan 2021.

Dua pemimpin veteran itu menggesa semua Ahli Parlimen mengetepikan fahaman politik parti masing-masing dalam undian akhir itu.

Ku Li dilaporkan berkata, beliau tidak akan mengundi untuk meluluskan belanjawan itu, tetapi beliau tidak menjelaskan jika beliau akan mengundi menolak atau bertindak berkecuali.-FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share