Umur hanyalah angka: Usaha Syed Saddiq untuk pemikiran muda

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Untuk ahli politik lebih tua mengubah cara mereka dan memberi peluang kepada orang muda bukan usaha mudah, tetapi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap ia sebagai tanggungjawabnya berbuat demikian.

-Advertisement-

Ahli Parlimen Muar itu bertegas, muda bukan hanya usia fizikal seseorang, sebaliknya ia adalah keadaan pemikiran yang boleh dicapai semua peringkat umur.

-Advertisement-

“Anda juga boleh memiliki seseorang yang berusia semuda 21 dan 22 tahun, tetapi masih menggunakan pemikiran lama, kronisme, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan mahu ‘mempermainkan’ sistem itu.

“Pada masa sama, anda juga boleh mempunyai seseorang yang berusia 60-an atau 70-an, tetapi boleh berfikir seperti orang muda; yang mempercayai kesaksamaan, keadilan dan egalitarianisme dalam mengejar Malaysia yang lebih makmur dan bersatu,” katanya.

-FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share