Kerajaan jamin khidmat feri Pulau Pinang diteruskan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan Penang Port Sdn Bhd, (PPSB) akan ‘diisyaratkan’ untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang sudah menjadi ikonik dan warisan di negeri itu.

-Advertisement-

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan sebelum ini meluluskan peruntukan RM30 juta untuk pihak Penang Port ambil alih perkidmatan feri di Pulau Pinang.

-Advertisement-

“Saya ingin sahkan peruntukan yang diluluskan sebelum ini akan dibayar dalam dua ansuran tahunan.

“Peruntukannya RM15 juta tahun 2021 termasuk dalam peruntukannya diluluskan dalam Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021. Baki RM15 juta akan disediakan,” katanya di Dewan Rakyat.

-FMT

Share this Article
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2
    Shares