JOHOR BAHRU, 17 Dis — Kompleks Sukan Hospital Permai di sini menjadi antara tiga lokasi yang dibuka bagi merawat pesakit COVID-19 berisiko rendah di Johor berikutan peningkatan jangkitan fasa gelombang ketiga.
-Advertisement-
-Advertisement-
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata dua lagi lokasi dibuka oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor adalah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Blok C, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru dan enam wad khusus di Hospital Permai.
“Pengurusan dan perawatan klinikal pesakit COVID-19 di semua tiga lokasi iaitu PKRC Blok C ILKKM Johor Bahru, enam wad Hospital Permai dan Kompleks Sukan Hospital Permai, adalah di bawah pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru secara amnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. -BERNAMA