Mangsa banjir di Kelantan meningkat

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 61 mangsa pagi ini, berbanding 18 malam tadi, berikutan hujan lebat.

-Advertisement-

Kesemua mangsa banjir membabitkan 18 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat PPS dibuka membabitkan dua daerah iaitu Tanah Merah dan Kuala Krai.

-Advertisement-

“Di Tanah Merah tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek (15 mangsa); SK Lawang (12 mangsa) dan Balai Raya Padang Kijang membabitkan 12 mangsa.

“Kuala Krai pula membabitkan PPS Masjid Lama Keroh yang menempatkan 22 mangsa dan enam keluarga,” katanya.

-BH

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share