PKR Sabah mahu DAP perjelas pendiran berhubung gesaan supaya Anwar diganti

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: PKR Sabah menggesa DAP supaya menjelaskan sama ada pendirian ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe yang meminta agar presiden parti itu, Anwar Ibrahim digantikan sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan ketua pembangkang mewakili pendirian rasmi parti berkenaan.

-Advertisement-

Dalam kenyataan, Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin berkata, Anwar diterima sebagai pengerusi PH dan ketua pembangkang sejak “Langkah Sheraton” dengan persetujuan bersama semua parti komponen gabungan itu.

Anwar dianggap sesuai dengan manifesto Buku Harapan yang menjadi platform dan asas PH, katanya.

“Oleh itu, percubaan untuk menggantinya, termasuk atas nama apa yang disebut ‘reset’ atau demi alasan ‘pemimpin baru, kebijaksanaan baru, pola pikir baru’ tidak dapat dilihat sebagai tindakan yang ramah,” katanya.

Razeef juga berkata parti itu memilih untuk kekal bersama-sama dengan rakan sekutu dalam PH selama ini tanpa mengira susah atau senang.

“Perselisihan adalah wajar, tetapi mereka harus muncul dengan niat baik berbanding melayani agenda tersembunyi atau oportunisme.

-Advertisement-

“Pembicaraan tentang ‘politik baru’ dan ‘reset’, seperti mengubah pemimpin atau prinsip seseorang hanya berlaku kerana kejadian baru-baru ini,” katanya.

Semalam, Phoong berkata Anwar gagal menunaikan janji untuk menubuhkan kerajaan baharu, sekali gus menjejaskan kredibiliti PH.

Phoong yang juga ketua pemuda DAP Sabah berkata, janji Anwar untuk memperolehi majoriti kuat dan menyakinkan untuk menubuhkan kerajaan baharu tidak berhasil.

“Janji (Anwar) bahawa beliau mempunyai majoriti kuat dan menyakinkan tidak menjadi, manakala cubaan untuk menubuhkan kerjasama dengan UMNO juga disangsi ramai pihak,” kata beliau.

Razeef berkata, PKR akan terus berdiri bersama-sama Anwar dan berkhidmat kepada rakyat untuk tujuan keadilan.

“Orang lain mesti bertanya sama ada mereka masih komited untuk melalukan perkara sama dan perlu bertindak sewajarnya,” katanya.

-FMT

Share this Article
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share