Tiada potongan elektrik untuk bil tertunggak kurang 6 bulan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil elektrik kurang enam bulan boleh menarik nafas lega apabila tiada pemotongan bekalan dikenakan terhadap mereka.

-Advertisement-

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata ia membabitkan tempoh antara 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

Beliau berkata, inisiatif itu dibuat selepas mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha membantu rakyat dalam suasana ekonomi yang mencabar berikutan impak berpanjangan pandemik COVID-19.

-Advertisement-

“Kerajaan, dengan kerjasama syarikat utiliti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), bersetuju tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan terhadap premis pengguna domestik yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

“Kategori pengguna ini akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Shamsul Anuar berkata, pengguna lain yang tidak termasuk kategori itu boleh berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membuat pembayaran secara ansuran bagi mengelakkan pemotongan bekalan elektrik sebagaimana yang diumumkan sebelum ini.

Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif itu boleh dimanfaatkan sejumlah 6.94 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 500,000 pengguna domestik di Sabah.

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •