Lazada, Hasbro tawar rakyat Malaysia peluang untuk menggembirakan kanak-kanak

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Lazada Malaysia dan Hasbro Inc bekerjasama untuk menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia bagi menggembirakan kanak-kanak melalui kempen permainanan “Make-A-Wish” dengan sasaran 1,000 permainan.

-Advertisement-

Syarikat itu dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata rakyat Malaysia boleh melayari kedai Hasbro rasmi di Lazada Malaysia dan membeli mainan atau permainan bernilai RM125 daripada jenama seperti Nerf, Play Doh, Transformers serta Monopoli, mulai hari ini sehingga 31 Dis.

-Advertisement-

“Hasbro kemudiannya akan membuat padanan dengan pembelian, dan barangan yang sama akan diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan, sekali gus, memenuhi impian Krismas mereka tahun ini,” kata kedua-dua syarikat itu.

Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, Diana Boo berharap pembeli akan terus menggunakan peluang ini dengan mendahulukan pembayaran bagi memenuhi impian kanak-kanak yang kurang bernasib baik ketika rakyat Malaysia melangkah ke tahun hadapan dengan meninggalkan 2020 yang agak mencabar.

Hasbro akan mendermakan permainan berkenaan kepada kanak-kanak di Hospital Tunku Azizah di sini agar tempoh yang sukar ini dipenuhi dengan kegembiraan dan senyuman selain membantu keluarga Malaysia melalui kempen #PlayTogether.– BERNAMA

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •