MR DIY menang World Branding Award tiga tahun berturut-turut

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Peruncit barangan pembaikan rumah tempatan, MR DIY Group (M) Bhd memenangi World Branding Awards tahun ini dengan meraih anugerah peringkat kebangsaan Brand of the Year kategori Peruncit – Perkakas Rumah 2020-2021.

-Advertisement-

Kemenangan itu menjadikan MR DIY Group sebagai peruncit perkakas rumah pertama memenangi anugerah itu untuk tiga tahun berturut-turut.

Naib Presiden Pemasaran MR DIY Group Andy Chin berkata kemenangan itu adalah bukti komitmen utuh, kerja keras dan dedikasi pekerja terhadap visi mereka untuk menjadi peneraju utama pasaran dalam industri peruncitan perkakas rumah.

“Selepas undian dalam talian dijalankan World Branding Forum, anugerah ini juga adalah bukti kepercayaan awam terhadap MR DIY sebagai jenama pilihan mereka.

“Kami menghargai pelanggan kami. Sebagai jenama Malaysia untuk rakyat Malaysia, kami komited untuk terus membawa lebih nilai dan kesenangan untuk pelanggan kami di seluruh negara, selari dengan moto kami ‘Always Low Prices’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Selepas disenarai dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), MR DIY Group bercadang menambah lebih 300 cawangan MR DIY, MR TOY, dan MR DOLLAR di seluruh negara dalam tempoh dua tahun.

Malah, MR DIY Group mengadakan kempen pengambilan pekerja pada Jun lepas dengan menawarkan 1,000 peluang pekerjaan kepada graduan baharu, pekerja yang diberhentikan, golongan kurang upaya dan golongan berusia.

World Branding Awards adalah acara formal tahunan anjuran World Branding Forum bagi menaikkan dasar penjenamaan untuk kesenangan pelanggan dan komuniti penjenamaan.

Anugerah tersebut bagi mengiktiraf dan meraikan jenama global dan tempatan untuk hasil kerja dan pencapaian mereka melalui tiga penilaian iaitu penilaian jenama, penyelidikan pasaran pembeli dan undian awam dalam talian.

Acara penganugerahan tahun ini akan diadakan di Kensington Palace, London pada 11 Mac 2021. — BERNAMA

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •