KUALA LUMPUR, 23 Dis — Jabatan Penjara membatalkan sesi perjumpaan keluarga bersama penghuni penjara secara fizikal di seluruh institusi penjara sempena Hari Natal.
-Advertisement-
Jabatan Penjara dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan sesi perjumpaan berkenaan digantikan dengan menggunakan aplikasi Skype dan juga perkhidmatan telefon prabayar yang telah disediakan di seluruh institusi penjara.
-Advertisement-
Kenyataan itu memberitahu langkah tersebut bagi mencegah penularan wabak COVID-19 ke dalam institusi penjara.
— BERNAMA