Penggemar aktiviti berbasikal perlu ambil berat aspek keselamatan – PBNK

Estimate Reading Time: < 1 minute

TANAH MERAH, 24 Dis — Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan (PBNK) meminta penggemar aktiviti berbasikal di negeri ini mengambil berat aspek keselamatan jalan raya sebelum menjalani aktiviti sukan tersebut.

-Advertisement-

Presidennya, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata aspek itu penting berikutan kebelakangan ini aktiviti sukan berkenaan menjadi tumpuan masyarakat sehingga mendapat kritikan susulan ada beberapa kumpulan penunggang tidak mengutamakan keselamatan ketika di jalan raya.

“Isu penunggang basikal berkayuh di jalan raya menjadi tular menerusi media sosial yang seolah-olah aktiviti itu menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya lain. Tidak dinafikan sesetengah penunggang berkayuh secara berbahaya terutama ketika menukar laluan dan sebagainya ” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Mohd Fared berkata isu berkenaan mungkin timbul disebabkan terdapat penunggang baharu dan kurang berpengalaman.

-Advertisement-

“Sebelum ini, pihak kami mengambil inisiatif dengan menyediakan jurulatih dan marsyal berpengalaman pada setiap aktiviti yang dijalankan oleh persatuan atau kelab berbasikal di negeri ini.

“Pengayuh perlu mendapatkan pengetahuan ciri-ciri keselamatan ketika berkayuh di jalan raya termasuk pemakaian supaya tidak menjadi perkara negatif, orang ramai juga boleh menyertai program dianjurkan PBNK atau mana-mana pihak bagi meningkatkan pengetahuan tentang cara berbasikal yang betul,” katanya.

Mohd Fared berkata beliau turut mengakui bahawa aktiviti berbasikal merupakan antara penyelesaian masalah sosial dalam kalangan remaja.

— BERNAMA

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •