JKR mohon maaf pada Khairy cedera akibat jalan berlubang

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat memohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang cedera kerana terjatuh selepas basikalnya melanggar lubang di atas jalan semalam.

-Advertisement-

“JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa Yang Berhormat menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan,” tulisnya di Twitter.

-Advertisement-

JKR Kuala Langat turut mendoakan Ahli Parlimen Rembau cepat sembuh.

Semalam, Khairy memuat naik gambar memaparkan keadaan mukanya yang lebam dan gambar lokasi kemalangan selepas basikal ditunggangnya melanggar jalan berlubang yang menyebabkan beliau terhumban ke parit.

Khairy yang cedera ringan kemudiannya menerima rawatan di hospital berdekatan. -FMT

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •