Syarikat produk makanan didenda RM90,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

Shah Alam, 28 Dis 2020 (The Capital Post)- Sebuah kilang memproses produk makanan dan minuman telah dituduh di mahkamah pada hari Sabtu (26 Dis) yang lalu dengan dua pertuduhan di bawah Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 kerana gagal mematuhi had piawai yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan yang sama.

-Advertisement-

Menurut pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, pada 21 Mei 2020, syarikat tersebut didapati telah melepaskan efluen perindustrian melebihi had piawai bagi 5 parameter di bawah Peraturan 11 (1)(b).

Bagi pertuduhan kedua syarikat tersebut telah melepaskan efluen perindustrian melebihi had piawai bagi 1 parameter di bawah Peraturan 12(b).

-Advertisement-

Syarikat tersebut mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan apabila dibaca dan berdasarkan fakta kes dan eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menjatuhkan orang kena saman (OKS) hukuman dengan jumlah dendah sebanyak RM90,000.

Pendakwaan telah dijalankan oleh Pegawai Pendakwah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan OKS diwakili oleh peguambela mereka.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Nor Azizah Jaafar menegaskan bahawa Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi terhadap penjeneyah alam sekitar dan juga menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau emel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan Jabatan Alam Sekitar di https://eaduan.doe.gov.my/ -The Capital Post

 

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •