Kanak-kanak perempuan melecur kediaman pekerja terbakar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun melecur pada tangan dalam kebakaran di Kampung Tandong, Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, tengah hari ini.

-Advertisement-

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari membabitkan stor yang dijadikan sebagai kediaman.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Raffy Saibi, mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun mangsa berjaya menyelamatkan diri.

-Advertisement-

Mengulas lanjut, katanya pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu jam 12.37 tengah hari sebelum sebuah jentera dengan satu unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 12 anggota digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, stor yang dijadikan tempat tinggal pekerja itu dianggarkan sudah terbakar 25 peratus api dapat dikawal jam 1.05 tengah hari sebelum dipadam sepenuhnya 20 minit kemudian.

“Seorang kanak-kanak perempuan melecur pada tangan ketika menyelamatkan diri dan dirawat pasukan EMRS dengan keadaannya dilapor stabil,” katanya.- Berita Harian

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •