Polis kesan pesakit COVID-19 lari dari Hospital Tampin

Estimate Reading Time: < 1 minute

TAMPIN, 31 Dis —Polis sedang mengesan seorang pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin sejak pagi semalam.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata lelaki berusia 33 tahun yang beralamat terakhir di Petaling Jaya, Selangor itu dikesan tiada di katil hospitalnya pada 11.45 pagi.

-Advertisement-

“Kali terakhir dilihat lelaki itu memakai kemeja T gelap warna hijau dan seluar jeans warna biru. Usaha mengesan pesakit COVID-19 itu kini giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pesakit berkenaan juga bekas banduan Penjara Jelebu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut boleh hubungi balai polis berhampiran atau Kementerian Kesihatan.– BERNAMA

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •