Banjir: LPT 1 ditutup di KM84.6 – KM84.7

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dinasihatkan menangguhkan perjalanan masing-masing kerana laluan di Kilometer (KM) 84.6 sehingga KM84.7 berhampiran Lanchang, ditutup sepenuhnya kerana banjir.

-Advertisement-

Syarikat konsesi LPT, ANIH Berhad (ANIH) dalam kenyataan tengah malam tadi, memaklumkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan mulai jam 11.30 malam tadi kerana dilimpahi air susulan hujan lebat yang berterusan.

“Pengguna dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi.

-Advertisement-

“Ikuti maklumat terkini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur untuk status terkini keadaan trafik dan lebuh raya,” katanya.

Selain itu, katanya pengguna juga boleh menghubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.

Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi akaun Twitternya, @LLMinfotrafik memaklumkan berlaku kesesakan trafik di laluan masuk sebelum Plaza Tol Karak ke Lanchang dan selepas plaza tol itu ke arah Persimpangan Karak.

Keadaan itu berlaku susulan penutupan kedua-dua laluan Karak – Lanchang susulan limpahan air yang berlaku di KM84.6 berkenaan, justeru pengguna dari Kuantan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif selepas lanchang. – Berita Harian

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •