55 lokasi simpan vaksin Pfizer-BioNTech

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenal pasti 55 lokasi di kawasan bandar untuk penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech.

-Advertisement-

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata sebanyak 55 penyejuk beku suhu rendah dibeli bagi tujuan penyimpanan vaksin berkenaan yang memerlukan suhu sejuk melampau.

“Pfizer akan disimpan di kawasan bandar kerana ia perlu disimpan dalam suhu yang sejuk melampau, manakala AstroZeneca adalah bagi kawasan luar bandar kerana ia boleh menggunakan penyejuk beku biasa.

-Advertisement-

“Kita sudah meluluskan pembelian penyejuk beku suhu rendah, peti sejuk dan bekalan perubatan berkaitan bagi rangkaian sejuk dan sejuk melampau berharga RM16.6 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, hari ini.

-BH

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •