Ahli Parlimen UMNO diminta keluar kerajaan, GLC sebelum bulan depan, kata sumber

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sumber berkata Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi meminta Ahli Parlimen parti itu melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) sebelum bulan depan supaya pilihan raya umum boleh diadakan secepat mungkin.

-Advertisement-

Zahid berkata demikian dalam perjumpaan bersama ketua UMNO bahagian dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

-Advertisement-

Menurut sumber yang juga ketua bahagian dari Selangor enggan dikenali, turut menghadiri mesyuarat itu, Zahid berkata UMNO tiada pilihan kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal memahami hati nurani rakyat mahukan pembaharuan dan reformasi dalam pentadbiran.

“Ye, betul ada diputuskan dalam mesyuarat tadi,” katanya.

-FMT

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •