Dedah nama syarikat, produk kartel daging haram

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menggesa kerajaan mendedahkan nama syarikat dan produk terbabit kartel penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah dan diragui status halal serta kualitinya.

-Advertisement-

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan salah faham, kekeliruan dalam masyarakat dan persepsi negatif terhadap syarikat yang tidak terlibat.

“Kami harap kerajaan melalui kementerian seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu dedahkan syarikat pembekal daging import pada umum.

“Pada waktu ini perlu tunggu nama didedahkan dalam mahkamah tetapi saya rasa perlu lebih pantas dari itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai berhubung isu itu supaya ia disiasat segera.

Beliau membuat laporan itu mewakili PKR dan dan Amanah Lembah Pantai serta enam NGO lain.

-Advertisement-

Fahmi menggesa produk terbabit kartel daging haram itu didedahkan supaya rakyat berhenti menggunakannya.

Katanya, jika KPDNHEP merampas produk itu mereka perlu mengumumkan kepada orang ramai.

Baru-baru ini media mendedahkan wujudnya kartel dilindungi pihak tertentu menjalankan aktiviti penyeludupan daging selama lebih 40 tahun.

Daging diragui status halal itu diimport dari negara tidak mencapai standard ditetapkan kerajaan, tetapi kemudian dicampurkan dengan daging halal dan dipasarkan kepada orang ramai.

-FMT

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •