Mangsa banjir di Pahang meningkat 19,527 orang di PPS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Seramai 19,527 mangsa daripada 5,198 keluarga kini ditempatkan di 247 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah di negeri ini, setakat jam 8.30 pagi ini.

-Advertisement-

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 18,535 orang membabitkan 4,917 keluarga di 235 PPS, petang semalam.

Berdasarkan rekod, sebanyak 46 PPS dibuka di Temerloh, diikuti Lipis (40), Raub (38), Maran (38), Jerantut (36), Kuantan (20), Pekan (13, Bera (sembilan) dan Rompin (tujuh).

Kuantan merekodkan 2,522 mangsa daripada 678 keluarga, diikuti Temerloh 3,383 membabitkan 901 keluarga; Maran 4,501 daripada 1,241 keluarga.

Rompin pula merekodkan 1,012 daripada 264 keluarga; Bera 410 daripada 1,092 keluarga; Raub 2,402 daripada 644 keluarga; Jerantut 2,316 daripada 570 keluarga; Lipis 2,551 daripada 675 keluarga dan Pekan 430 daripada 116 keluarga

Laporan infobanjir.water.gov.my memaklumkan lapan sungai melepasi paras berbahaya setakat 8 pagi.

-Advertisement-

Sungai terbabit ialah di Sungai Jelai, Jeram Bungor, Lipis; Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut; Sungai Pahang (Lubuk Pasu), Temerloh.

Selain itu, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai di Lubuk Pasu, Temerloh, Sungai Kuantan di Jalan Kuantan Pintasan, Kuantan, Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Inai), Pekan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan notis cuacara waspada dengan hujan di beberapa daerah di Pahang.

Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Pahang sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

-BH

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •