Seludup sisik tenggiling bernilai USD28j

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEIJING: Seramai 17 individu dipenjara di mahkamah di China hari ini kerana menyeludup sisik tenggiling bernilai USD28 juta.

-Advertisement-

Kumpulan itu didapati bersalah mengimport 23 tan sisik tenggiling – mamalia paling diperdagangkan di dunia – bernilai 180 juta yuan dari Nigeria antara 2018 hingga 2019, kata Mahkamah Rakyat di Wenzhou.

Dua lelaki dikenal pasti sebagai “dalang sindiket itu” dipenjara antara 13 hingga 14 tahun, manakala anggota kumpulan lain dikenakan hukuman antara 15 bulan hingga 12 tahun.

Sisik itu dipercayai disorokkan, antara lain, dalam “hirisan halia”, kata mahkamah.

China membuang anggota badan tenggiling daripada senarai rasmi ubat tradisionalnya pada Jun, dan menaikkan status perlindungan haiwan itu ke tahap tertinggi akibat jumlahnya yang semakin berkurangan.

-Advertisement-

Sisik tenggiling digunakan di China untuk pelbagai masalah kesihatan termasuk darah beku dan membantu menambah susu badan, walaupun tiada bukti saintifik menunjukkan bahan itu mempunyai nilai perubatan.

Kajian turut mencadangkan tenggiling menjadi hos perantara yang memindahkan virus korona kepada manusia ketika pertama kali muncul di pasar basah di Wuhan, tahun lalu.

Sejak itu China mengharamkan penjualan haiwan liar untuk tujuan makanan di pasar seperti itu.

Pada 31 Dis, China berkata rangkaian didakwa menjalankan penyeludupan gading terbesar di negara itu sudah dipenjarakan. Rangkaian berkenaan dilaporkan mengimport gading bernilai jutaan dolar dari Afrika Barat.

-FMT

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •