Gempa bumi sederhana gegar semenanjung Minahassa, Sulawesi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter menggegarkan Semenanjung Minahassa, Sulawesi, dilaporkan berlaku pada 4.59 pagi tadi.

Menurut kenyataan  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 64 kilometer (km) selatan dari Gorontalo, Indonesia dengan kedalaman 164 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Share this Article
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •